PENGENALAN
Dasar Koperasi Negara yang telah dilancarkan pada 2003 dengan menitik beratkan tiga perkara penting berkaitan gerakan koperasi di negara ini sebagaimana berikut:-
- Menjadikan koperasi sebagai pertubuhan yang berkos efektif, berdaya saing dan memberi faedah kepada anggota khasnya dan masyarakat umumnya;
- Memantapkan kerjasama dan rangkaian antara koperasi-koperasi dan badan-badan lain yang boleh mencapai matlamat penubuhannya; dan
- Menyebar dan meningkatkan kefahaman dan penghayatan konsep berkoperasi di kalangan anggota koperasi dan masyarakat keseluruhannya.
Sehubungan itu, pada tahun 2004 MKM telah menubuhkan Pusat Khidmat Pengembangan untuk memberi tumpuan khusus bagi memberi pendidikan dan latihan di kalangan warga koperasi di luar kampus. Bagaimanapun mulai 2008 pusat Khidmat Pengembangan bertukar nama kepada Pusat Konsultasi Koperasi setelah program luar kampus diurus oleh MKM kampus Wilayah Selatan di Johor Bahru, Timur di Bera dan Utara di Alor Star.
DKN 2 pula memperkenalkan 5 teras strategi bagi memacu koperasi kearah menyumbang kepada KDNK negara dengan lebih signifikan lagi. Maklumat lanjut DKN 2 boleh diperolehi dengan melawati laman sesawang www.skm.gov.my
PROGRAM KHIDMAT KONSULTASI KOPERASI
Selaras dengan usaha untuk mencapai objektif jangka pendek dan jangka panjang Dasar Koperasi Negara (DKN) yang mana sasaran kenyataan dasarnya ialah ”Sektor Koperasi diiktiraf sebagai pemangkin bersama sektor awam dan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara”. Bagi mencapai matlamat tersebut, MKM melalui salah satu fungsinya telah menyediakan program berbentuk khidmat nasihat dan konsultasi kepada gerakan koperasi.
Program khidmat konsultasi ini bertujuan untuk membantu gerakan koperasi memajukan bidang ekonomi meliputi aspek-aspek pengukuhan pentadbiran dan pengurusan koperasi/usahawan yang lebih sistematik dan meningkatkan serta mengukuhkan ekonomi sosial koperasi/usahawan seperti Penyediaan Rancangan Perniagaan, Perancangan Strategik, Pengurusan Pasar Mini/ Pasar Raya dan Pembangunan Sistem Koperasi Berkomputer.
CARA PERMOHONAN
Koperasi yang ingin mendapatkan perkhidmatan khidmat konsultasi ini perlu menghantar surat permohonan dan dihantar terus kepada MKM melalui koperasi masing-masing ke alamat berikut:
Pusat Konsultasi Koperasi
Maktab Kerjasama Malaysia
103, Jalan Templer
46700 Petaling Jaya
Selangor
No. Tel : 03-7964 9000
No. Fak : 03-7954 3957
Emel : konsultasi@mkm.edu.my
No comments:
Post a Comment